'Kami tak sempat..' - Pemilik gerai makan perjelas dakwaan tutup kedai sejurus Najib tiba

  • 3 years ago
Kunjungan santai Najib Razak ke warung makanan laut di Pantai Siring di Merlimau, Melaka dua hari lalu menjadi bualan hangat di media sosial selepas ada pihak mendakwa pemilik warung dan pelanggan lain memberikan layanan dingin terhadap bekas perdana menteri itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Haslinda Musa, pemilik Warung Bawah Pokok Dak Lin, berkata dakwaan yang tersebar di media sosial itu jauh terpesong dari kejadian sebenar.

Beberapa platform media sosial pesaing BN telah berkongsi klip pendek yang disunting daripada video yang lebih panjang oleh Malaysia Gazette.

Klip yang disunting itu mendakwa bahawa pekerja dan pelanggan di warung itu beredar apabila melihat Najib.