Wan Junaidi akan ingatkan menteri lain tak berkempen di majlis rasmi
  • 2 years ago
Menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dia akan mengingatkan rakan-rakan menteri kabinetnya agar tidak meggunakan acara rasmi kerajaan untuk berkempen sempena PRN Melaka akan datang.

Wan Junaidi berkata demikian bagi menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) mengenai jaminan kerajaan bahawa menteri kabinet tidak akan menggunakan majlis rasmi untuk berkempen.