'Lantikan paling tepat adalah Wan Junaidi sebagai menteri undang-undang'
  • 3 years ago
Ketua Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata lantikan paling tepat dalam kabinet Ismail Sabri ketika ini adalah Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai menteri undang-undang dan hal ehwal parlimen.

Katanya hal ini kerana Wan Junaidi mempunyai pengalaman sebagai sebahagian pentadbiran, bekas timbalan speaker dan kini merupakan menteri undang-undang.

Oleh itu, Fahmi melihat Wan Junaidi mempunyai banyak idea dalam usaha melakukan pembaharuan parlimen dan Fahmi berkata pembangkang sedia bekerjasama dengannya.

Sumber video: https://www.facebook.com/BERSIH2.0/videos/1184637772014302
Recommended