Anggota polis pakai kenderaan mewah akan disiasat - KP Johor
  • 3 years ago
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mana-mana anggota polis yang memakai kenderaan mewah perlu disiasat latar belakang mereka secara mendalam.

Katanya, beliau sendiri telah mengarahkan ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk menyiasat anggota-anggota polis di bawahnya jika memakai kereta mewah.

Jelas Ayob, perkara itu mencurigakan kerana bimbang mereka terpalit dengan aktiviti rasuah dan tindakan perlu diambil sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti itu.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/378450287050610