'Terpisah realiti rakyat' - Fahmi kritik PM pakai baju jenama mewah

  • 2 years ago
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil membangkitkan selera Perdana Menteri memakai pakaian mahal ketika ramai rakyat Malaysia bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

Ini selepas Ismail Sabri Yaakob dikesan memakai kemeja pendek berjenama Burberry bernilai RM6,900 dalam sebuah acara di Putrajaya.