Adik guna akaun: Suruhanjaya Sekuriti akan 'hubungi' KP SPRM
  • 2 years ago
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki selepas dia mengaku adiknya menggunakan akaun dagangannya untuk membeli saham.

Dalam kenyataannya hari ini, suruhanjaya itu akan menghubungi semua pihak terbabit bagi mendapatkan penjelasan serta mengumpul bukti berkaitan.