'Wujudkan RCI terhadap dakwaan buku Tommy Thomas' - Azeez Rahim
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim mengusulkan kerajaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tommy Thomas terhadap dakwaan bekas Peguam Negara itu dalam buku yang ditulisnya sebelum ini.

Untuk rekod, polis menjalankan siasatan berhubung buku Tommy berjudul My Story: Justice In The Wilderness yang mendedahkan pelbagai isu negara sepanjang memegang jawatan itu.