Masih tak jelas jika Umno akan teruskan kerjasama - Muhydidin
  • 3 years ago
Bersatu bersedia menerima sebarang keputusan berhubung kerjasama di antara parti itu, PAS dan Umno pada pilihanraya umum ke-15, kata Presidennya Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun katanya, setakat ini masih belum jelas berhubung hala tuju ke depan sama ada Umno akan meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional.

"Jika mereka nak bersama kita, kita kerja bersama. Jika tak bersama PN, kita akan lawan mereka di pilihan raya. Itu adalah prinsip yang saya rasa boleh diterima ahli-ahli PN", katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan Bersatu Johor di Pagoh hari ini.