Pemuda Umno mahu Azmin jelas rasional MITI secara 'live'
  • 3 years ago
Pemuda Umno mencadangkan menteri kanan, Azmin Ali untuk menjelaskan kewajaran keputusan dibuat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ini berhubung penetapan sektor yang dianggap perkhidmatan penting dan diizinkan beroperasi semasa PKP penuh mulai tengah malam ini.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki malah meminta Azmin muncul secara langsung semasa memberikan penjelasan tersebut melalui sidang media.