9,015 kes keganasan rumah tangga dilapor sepanjang PKP - Rina
  • 3 years ago
Kes keganasan rumah tangga menyaksikan peningkatan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) berdasarkan statistik PDRM, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Rina berkata polis menerima aduan 5,657 kes keganasan rumah tangga pada tahun 2019. Ia mencatatkan sedikit pengurangan iaitu 5,260 kes pada tahun 2020.

Bagaimanapun di antara Januari - Ogos tahun ini, PDRM menerima aduan 4,905 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sepanjang tempoh pelaksanaan PKP dari Mac 2020 - Ogos 2021 adalah sebanyak 9,015 kes.
Recommended