Menteri Pertahanan: 28 ditangkap sepanjang pelaksanaan PKP

  • 4 years ago
Dua puluh lapan individu telah ditahan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk membendung pandemik Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi PKP dan tinggal di rumah kecuali wujud keperluan untuk keluar. Mulai Ahad lalu, Angkatan Tentera Malaysia telah dikerahkan ke seluruh negara untuk membantu polis dalam menguatkuasakan PKP.

Pada sidang akhbar tengah hari ini, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa mungkin terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka dan enggan mematuhi perintah dan nasihat yang diberikan oleh polis semasa tempoh PKP.