Sajat sudah ditahan di Bangkok

  • 3 years ago
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Menurut portal Harian Metro, penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara tersebut selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sumber memaklumkan kepada portal itu bahawa Nur Sajat, 36 tahun, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Recommended