Kerajaan kaji peluang doktor kontrak terima biasiswa Sarjana
  • 3 years ago
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa negara mempunyai lebihan doktor siswazah, sebaliknya berdepan kekurangan doktor-doktor pakar.

Sehubungan itu katanya, kerajaan akan membenarkan pegawai perubatan kontrak untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), iaitu biasiswa penuh KKM bagi doktor mengikuti program pengajian kepakaran di IPTA semasa bekerja.

Beliau menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai perancangan KKM berhubung masa depan doktor kontrak.