Kerajaan sentiasa kaji perundangan sedia ada, termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972
  • 3 years ago
Kerajaan sentiasa mengkaji perundangan-perundangan sedia ada termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk penambahbaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata dalam proses itu, pandangan masyarakat sivil diambil kira bagi kepentingan awam dan negara.

Beliau menjawab soalan tambahan R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) mengenai sama ada kerajaan bercadang meminda atau memansuhkan OSA serta melaksanakan Akta Kebebasan Maklumat khususnya bagi melindungi pemberi maklumat (whistleblowers).