'Akan nasihat MKN sebelum buka sekolah, elak keputusan pramatang'
  • 3 years ago
Kerajaan Selangor akan berbincang secara menyeluruh dengan Majlis Keselamatan Negara berhubung pembukaan semula sekolah pada September, kerana tidak mahu ia menjadi 'keputusan pramatang'.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, ini supaya kesilapan membenarkan perjalanan rentas negeri untuk perlancongan domestik tahun lalu tidak berulang sehingga menyebabkan gelombang baru Covid-19.