Sultan Johor: Cermin muka sendiri sebelum nasihat orang
  • 8 years ago
Para penceramah dan pendakwah yang ingin berceramah di negeri Johor diingatkan supaya mendapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ).

Peringatan itu merupakan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika bertitah pada Majlis perasmian Tilawah Al-Quran peringkat negeri Johor kali ke 60 di Tanjung Emas, Muar malam tadi.

Malah Sultan Ibrahim menegaskan bahawa para penceramah dan pendakwah perlu cermin muka sendiri sebelum memberi nasihat kepada orang lain.
Recommended