PM setuju lanjutkan kontrak pegawai perubatan untuk tempoh dua tahun
  • 3 years ago
Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan tempoh kontrak semua pegawai perubatan terlibat dengan menawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata langkah penyelesaian segera itu bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.