Kerajaan yakin gaji minima RM1,500 dilaksana dalam tempoh 5 tahun

  • 6 years ago
Kerajaan yakin penetapan gaji minimum pada kadar RM1,500 sebulan dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kadar gaji minimum ini akan dikaji setiap tahun, walaupun Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 memperuntukkan kajian semula harus dilakukan setiap dua tahun sekali.

“Kalau ada masalah besar atau satu perkara yang ada keperluan mungkin ia boleh dibuat lebih dari sekali, tetapi sekali dalam tempoh dua tahun itu satu yang seharusnya dilakukan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang mahu kerajaan menyatakan rasional penetapan gaji minimum pada paras RM1,050 sekarang ini yang dilihat sebagai ‘terlalu rendah’.