'Gaji minimum RM1,500 tapi tahap pendapatan suri rumah RM600?'

  • 2 years ago
Hannah Yeoh (PH - Segambut) mahu RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang dibahaskan hari ini ditangguhkan berikutan terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik.

Hannah antara lain menyebut mengenai anggapan pendapatan suri rumah di dalam RUU itu yang berada di tahap RM600 berbanding gaji minima RM1,500, yang disifatkannya sebagai 'menghina' nilai kerja seorang suri rumah.

Menurut RUU itu, satu skim akan diwujudkan bagi peruntukan keselamatan sosial kepada suri rumah berinsurans yang dikenali sebagai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).