Dr M tinggalkan istana selepas sejam menghadap Agong
  • 3 years ago
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Istana Negara pada jam 3 petang, kira-kira sejam selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Diiringi dua pengiring polis, beliau melambaikan tangannya tetapi tidak berhenti untuk bercakap dengan pemberita.

Beliau dijadualkan membuat sidang media berkenaan pertemuan itu secara dalam talian pada pukul 4.30 petang nanti.