Agong perkenan terima Azmin menghadap di Istana Negara
  • 5 years ago
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Istana Negara hari ini.

Memetik di Twitternya, Mohamed Azmin berkata pertemuan itu bagi membincangkan lawatan khas Agong ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat lalu yang memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara Teluk Arab itu.

Ia merupakan lawatan pertama Seri Paduka ke UAE selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan.

Lawatan khas itu merintis jalan bagi memupuk hubungan dan kerjasama dua hala yang lebih mendalam antara Malaysia dan UAE dan menjadi saluran untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan global demi kepentingan bersama.
Recommended