Peperiksaan SPM 2021 diadakan tahun depan

  • 3 years ago
Kementerian Pendidikan mengumumkan ujian lisan dan amali sains Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dilaksanakan pada Februari 2022 manakala bertulis pula pada Mac 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu mengambil kira keadaan dan cabaran semasa yang perlu dilalui sepanjang tahun ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya secara maya, hari ini.