Larangan rentas negeri di kawasan PKP, PKP Bersyarat kekal

  • 3 years ago
Majlis Keselamatan Negeri memutuskan larangan rentas negeri antara kawasan PKP dan PKP Bersyarat kekal sehingga 17 Mei.

Ia melibatkan negeri dan wilayah berikut iaitu Kelantan, Sarawak, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Sementara itu, semua pergerakan dalam daerah dibenarkan, kecuali di Sabah dan Sarawak atas keputusan kerajaan negeri masing-masing.