Dua lori kemalangan, seorang pemandu rentung

  • 3 years ago
Seorang pemandu lori rentung selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan dengan lori tangki muatan cecair nitrogen di Kilometer 221 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Soon Wee Kiang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi.

Katanya, kemalangan berlaku dari Arah Pedas Linggi menghala ke Melaka dan terdapat dua kenderaan yang terbabit, selain dilaporkan terdapat dua mangsa.

"Kemalangan itu membabitkan lori tangki muatan cecair nitrogen serta sebuah lori muatan 10 tan dan kedua-kedua kenderaan itu musnah terbakar kira-kira 90 peratus.

"Pemandu lori tangki dilaporkan selamat, manakala seorang lagi pemandu dilaporkan rentung," katanya.