Wang RM48j milik bapa Jho Low, kini hak kerajaan

  • 3 years ago
Wang lebih RM48 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Larry Low Hock Peng, bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa berkaitan dengan skandal 1MDB, kini menjadi harta kerajaan Malaysia.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shafinas Shabudin selaku pemohon memaklumkan tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah untuk menuntut wang RM48,491,064 itu.