Wang Umno Kelantan RM33K milik kerajaan
  • 4 years ago
Wang berjumlah RM32,962.87 yang disita daripada Umno Kelantan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya dilucut hak dan kini menjadi milik Kerajaan Malaysia.

Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh dipetik Berita Harian membenarkan permohonan pendakwa raya untuk melucut hak harta berkenaan kepada kerajaan.

Ahmad Shahrir dalam penghakimannya, berkata pendakwa raya berjaya membuktikan wang yang disita itu adalah hasil daripada aktiviti haram.

Wang tersebut yang disita SPRM pada tahun 2018 selepas didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.