Penjaring terbanyak Poland kini milik Lewandowski
  • 7 years ago
Robert Lewandowski kini adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman buat pasukan negaranya Poland selepas meledak hatrik pada aksi berdepan Armenia awal pagi tadi.

Jaringan itu melengkapkan 50 gol untuk 90 penampilan Lewandowski bersama Poland.

Lewandowski telah menjaringkan 14 gol dalam sembilan perlawanan dan Poland memerlukan satu kemenangan untuk layak secara automatik ke Piala Dunia Russia 2018