'Hantar Edmund pulang jika langgar undang-undang imigresen NZ'

  • 3 years ago
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan New Zealand menghantar pulang Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara sekiranya beliau melanggar undang-undang imigresen negara itu.

Ketuanya P Prabakaran berkata, dalam memorandum yang dihantar ke Pesuruhjaya Tinggi New Zealand hari ini, mereka turut memohon kerajaan negeri itu menjelaskan kebenaran yang diberikan kepada Santhara memandangkan sempadan New Zealand kini yang dikawal ketat.