Majikan boleh dapat pekerja baru jika setuju biayai kos penghantaran pulang PATI
  • 3 years ago
Kerajaan meneliti cadangan untuk memberikan majikan daripada syarikat besar kuota penggajian pekerja asing yang baharu jika mereka membiayai kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada dalam tahanan depot.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, majikan boleh mendapatkan pekerja asing yang baru dari kalangan tahanan di depot jika mereka memenuhi syarat ditetapkan.

Bagaimanapun menurut Hamzah, setakat ini hanya 15 peratus pendatang izin tanpa dokumen yang ditahan dalam depot layak diambil semula sebagai pekerja.
Recommended