'Jangka 500 kes harian COVID-19 menjelang Mei, jika patuh SOP'

  • 3 years ago
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan 500 kes harian positif Covid-19 menjelang Mei ini, bergantung kepada tahap kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan trend penurunan nilai kebolehjangkitan (RT) atau R-naught (R0) iaitu 0.87 semalam berbanding 0.9 pada 28 Feb lepas.

Recommended