Noor Hisham: Fokus PKPB adalah supaya orang ramai patuh SOP

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menyatakan bahawa fokus bagi perlaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) adalah supaya orang ramai patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.

Ini berbanding dengan PKP fasa 1 hingga awal fasa 4 yang memberi fokus supaya orang ramai untuk kekal duduk di rumah.