KKM jangka lebih 1,000 katil ICU diperlukan jika kes mendadak

  • 3 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menolak dakwaan bahawa pengisytiharan darurat oleh kerajaan telah gagal membendung Covid-19.

Mengambil contoh PRN Sabah, beliau berkata pewartaan Ordinan Darurat telah menangguhkan beberapa pilihan raya kecil dan PRN Sarawak yang berisiko meningkatkan jangkitan Covid-19.

Tambahnya, perlaksanaan PKP 3.0 juga memberikan ruang masa buat KKM untuk menghadapi peningkatan kes tiga kali ganda di ICU jika kes meningkat secara mendadak hujung bulan ini.