China enggan beri data mentah kes awal Covid-19 kepada WHO
  • 3 years ago
Menurut laporan Reuters, China enggan memberikan data asal mengenai kes awal COVID-19 kepada pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang sedang menyiasat asal-usul wabak itu di negara berkenaan.

Tindakan berkenaan menyukarkan usaha memahami bagaimana virus itu bermula, menurut seorang pakar penyakit berjangkit yang merupakan salah seorang penyelidik pasukan itu.

Pasukan siasatan tersebut telah memohon untuk mendapatkan data mentah 174 kes awal di Wuhan yang berlaku pada Disember 2019 daripada kerajaan China, tetapi hanya diberi laporan ringkas kes-kes tersebut.
Recommended