Terlalu awal untuk bincang UG dengan Umno - Iskandar
  • 5 years ago
Naib Presiden PAS Iskandar Samad berkata terlalu awal untuk membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan (UG) dengan Umno."Kita baru kerjasama di peringkat pilihan raya kecil saja, dan kita akan ke (PRK) Rantau. Fokus kita untuk menang di situ."Belum lagi bincang apa-apa (soal UG). Ia terlalu awal," katanya ketika ditemui pemberita di Seminar Perpaduan Nasional anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Kuala Lumpur, hari ini.Utusan Online semalam memetik pemangku Presiden Umno Mohamad Hassan sebagai berkata parti itu telah mencadangkan penubuhan "Kerajaan Penyatuan Ummah" dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti baru-baru ini.Beliau berkata ia melibatkan empat negeri, iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.
Recommended