104 vs 110: Anwar gagal kalahkan belanjawan Azmin dalam undi blok, skor 9-0
  • 3 years ago
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 bagi peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui undian belah bahagi.

Perkara itu diputuskan Speaker Azhar Azizan Harun berdasarkan peraturan mesyuarat selepas 15 orang wakil rakyat bangun menyokong RUU itu diputuskan menerusi kaedah berkenaan.

Dalam pengundian hari ini, 110 wakil rakyat menyokongnya, manakala 104 menentang dan enam lagi tidak hadir.
Recommended