PKPB: Anugerah Bintang Popular tidak termasuk dalam aktiviti terlarang
  • 3 years ago
Sebarang acara langsung yang membabitkan industri kreatif tidak termasuk dalam aktiviti larangan di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada Mei lalu, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ini termasuk penganjuran acara Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) yang dijadualkan berlangsung esok.

Ismail mengulas soalan media mengenai gesaan orang ramai supaya kerajaan membatalkan ABPBH kerana bimbang SOP tidak dipatuhi.