Empat termasuk 3 pelancong China terbunuh dalam nahas bas
  • 9 years ago
Empat orang termasuk tiga wanita pelancong rakyat China terbunuh manakala 11 lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua bas dan sebuah lori tangki di KM94 Lebuh Raya Utara Selatan, Yong Peng-Ayer Hitam dekat Batu Pahat, Johor.

Kejadian di lebuh raya arah selatan itu berlaku kira-kira 5.30 petang, semalam.Dua lagi mangsa meninggal dunia berikutan nahas di Yong Peng semalam menjadikan jumlah yang meninggal ialah lima orang.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad berkata mereka ialah penumpang bas iaitu seorang wanita warga China dan pemandu lori tangki G Gothandam, 46.

Dalam kemalangan jam 5.30 petang semalam yang membabitkan dua buah bas dan sebuah lori tangki di kilometer 94, Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke selatan berhampiran Yong Peng, tiga pelancong wanita warga China terbunuh di tempat kejadian.