Adun Bukit Gasing lancar Laptop4Siswa untuk mahasiswa kurang berkemampuan

  • 4 years ago
Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dengan kerjasama pertubuhan belia Standup Malaysia hari ini melancarkan kempen Laptop4Siswa, bagi mengumpul dan mengedarkan komputer riba untuk pelajar universiti yang kurang berkemampuan.

Bagi pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan memerlukan komputer riba, pendaftaran permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 20 Oktober.

Bagi yang ingin menyumbang komputer riba, anda boleh menghubungi pejabat ADUN Bukit Gasing (03-79547490 / help@bukitgasing.my) atau StandUp Malaysia (014 -669 1320 / standup.genderviolence@gmail.com) atau klik di pautan ini https://tinyurl.com/SUMLaptopDonor