Kongsi kisah peribadi, Adun Bkt Gasing cadang tribunal atasi isu diskriminasi penyewa

  • 3 years ago
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran telah mengusulkan agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan tribunal penyewa-tuan rumah, antara lain untuk membantu menyelesaikan masalah diskriminasi kaum dalam pasaran sewaan.

Dalam sidang media melalui aplikasi Zoom pagi ini, beliau turut berkongsi pengalaman peribadinya ditolak untuk melihat hartanah kerana berbangsa India.

Rajiv berpendapat tribunal juga akan memberikan kepada pemilik dan penyewa satu mekanisme ganti rugi yang lebih cepat dan berpatutan sekiranya timbul pertikaian.