Speaker tegur pakaian ADUN Bukit Lanjan

  • 5 years ago
ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim yang menegur caranya berpakaian yang didakwa tidak mematuhi etika pada sidang semalam.

Wong semalam memakai blazer putih yang dipadankan dengan kain biru muda serta kasut but merah.

Pemimpin PKR itu ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini, berkata tidak ada peraturan yang melarang wanita memakai baju berwarna terang dan menambah bahawa dia mengenakan jaket yang sama beberapa kali selama bertahun-tahun sebelum ini tanpa masalah.

Menurut Wong, satu-satunya peraturan menetapkan adalah bahawa wakil rakyat wanita perlu berpakaian secara tertib serta memakai blazer.

Adun selama tiga penggal itu turut berkongsi gambarnya yang memakai blazer putih yang sama ke sidang DUN Selangor pada 2016, 2017 dan 2018.

Ng ketika memberi peringatan, semalam berkata semua Adun sepatutnya tahu etika pemakaian ketika sidang DUN berlangsung.

Recommended