'Itu tak betul, UMNO ada sini' - Hajiji nafi UMNO tak puas hati
  • 4 years ago
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor menafikan bahawa pertukaran portfolio di antara Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin dan timbalan ketua PPBM Sabah, Masidi Manjun adalah disebabkan masalah dalaman dengan UMNO.

Menurut Hajiji, pertukaran itu berlaku susulan pertambahan jawatan di bawah portfolio kewangan.

Selain itu, beliau turut menafikan ura-ura bahawa bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman akan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baru.