Agong tidak akan terima menghadap sesiapa selama seminggu
  • 4 years ago
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun selama seminggu kerana sedang menjalani pemerhatian di sebuah hospital.

Bercakap kepada Reuters, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Agong telah dinasihatkan oleh doktor-doktornya untuk menetap (di hospital) selama tujuh hari untuk pemerhatian.

Sehingga itu, katanya, Agong tidak akan menerima menghadap daripada sesiapa.