Saya boleh saran pada Agong untuk bubar parlimen - Muhyiddin

  • 4 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau boleh menyarankan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan parlimen.

Katanya terdapat dua pilihan sekiranya beliau menghadap Agong apabila Presiden PKR Anwar Ibrahim benar cukup majoriti.

Yang pertama, beliau boleh meletakkan jawatannya perdana menteri dan memberi laluan kepada Anwar.

Yang kedua, beliau boleh menyarankan kepada Agong untuk membubarkan parlimen.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Dewan Pisompuruan Tambunan, Sabah, hari ini.

Recommended