Saya nasihat bubar sebab nampak tak boleh nak teruskan - PM
  • 2 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan pembubaran Parlimen yang dibuat kerajaan dilakukan atas desakan dari partinya sendiri UMNO.

Ini katanya walaupun terdapat desakan daripada UMNO berhubung pembubaran Parlimen selepas kemenangan BN pada PRN Johor.

Sebaliknya Ismail menjelaskan, cadangan pembubaran Parlimen itu dibuat berikutan dia melihat kerajaan sedia ada sudah tidak boleh diteruskan sehingga tamat penggal.