Shafie: Warisan parti tempatan, bukan 'parti dari Semenanjung'
  • 4 years ago
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Shafie Apdal mengakui cabaran dalam menghadapi kekuatan pihak lawannya iaitu Barisan Nasional yang disifatkan mempunyai pelbagai kelebihan.

"Batalion BN bukan saja datang dengan tenaga, tapi berbaga-bagai, bajunya, topinya, duitnya...macam-macam rintangan yang dihadapi,"

Bagaimanapun katanya, kelebihan yang dimiliki oleh Warisan untuk terus mentadbir Sabah adalah kerana ia merupakan parti tempatan berbanding UMNO yang disifatkanya sebagai 'parti yang datang dari Semenanjung'.