Warisan bekerjasama dengan PH, bukan di bawah PH - Shafie
  • 2 years ago
Presiden Warisan Shafie Apdal menegaskan, parti itu berhati-hati dalam mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak berdasarkan pengalaman peribadinya berada dalam beberapa gabungan politik sebelum ini.

Sebagai contoh katanya, Warisan bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Dewan Rakyat namun tidak berhasrat menjadi sebahagian daripada gabungan itu.

Beliau turut mengkritik PH yang disifatkan telah 'menggali kuburnya' sendiri sebelum ini, kerana sibuk dengan perbalahan jumlah sokongan dan siapa mahu menjadi perdana menteri.
Recommended