Mahathir akui minta Muhyiddin gugurkan LTTE dari senarai keganasan
  • 4 years ago
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa dia ada menulis surat kepada menteri dalam negeri, Muhyiddin Yassin yang meminta agar kumpulan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak lagi diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas.

Wakau bagaimanapun, dia menolak surat yang disebarkan pada akhir minggu lalu, yang mendakwa dia menyokong LTTE.

“Saya tak sokong LTTE... masalah itu berlaku kerana Sri Lanka, bukan kita. Tak perlu la kita ambil tindakan macam itu (senarai hitamkan mereka) melainkan dia buat benda-benda tak baik di Malaysia.

“Mungkin dia (mereka) kutip duit tapi zaman dulu pun dia kutip duit juga,” kata Mahathir pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dalam surat kepada Muhyididn yang ditulis pada 12 Februari, Mahathir berkata bahawa dia tidak melihat alasan untuk LTTE terus disenaraikan sebagai organisasi pengganas sedangkan Sri Lanka tidak lagi berbuat demikian.