Tangkapan LTTE: Muhyiddin tiada bukti tapi pertahan guna Sosma
  • 2 years ago
Muhyiddin Yassin (PN - Pagoh) mempertahankan tindakannya membenarkan polis menahan 12 individu termasuk dua Adun DAP yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada 2019.

Bagaimanapun ketika didesak ahli parlimen pembangkang, Muhyiddin tidak dapat memberikan bukti bahawa 12 individu itu mempunyai kaitan dengan LTTE, sebaliknya menjelaskan keputusannya itu berdasarkan siasatan polis.

Tambahnya keputusannya sebagai menteri dalam negeri ketika itu memerlukan penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma, yang tidak pernah dibantah kabinet PH ketika itu.