Laporan Zakir Naik terlibat keganasan di India_ Ramkarpal minta apakah tindakan KDN
  • 3 years ago
Ahli Parlimen pembangkang Ramkarpal Singh menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tindakan yang diambilnya susulan laporan media mengaitkan penceramah kontrovesi Zakir Naik kepada rancangan sekumpulan pelarian Rohingya melancarkan serangan pengganas di India.

Laporan akhbar India itu mendakwa serangan itu dirancang oleh sekumpulan pelarian Rohingya di Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa India turut menyiasat sama ada Naik terbabit sama dengan rancangan kumpulan itu.

Semalam, akhbar The Times of India (TOI) melaporkan bahawa perisikan India mengesan rekod kewangan yang memberi petunjuk sebuah kumpulan pelarian Rohinga di Malaysia merancang melancarkan serangan pengganas di India.