Dah cukup maklumat...tindakan terhadap Jho Lo perlu disegerakan - KDN

  • 6 years ago
Tindakan undang-undang perlu disegerakan bagi mengheret ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low ke muka pengadilan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata pihaknya sudah mempunyai maklumat yang cukup dan semua pihak mengetahui bahawa Jho Low merupakan antara penjenayah yang menyebabkan skandal 1MDB menjadi salah satu skandal terbesar di dunia.

“Saya tak kata ingin mendahului peraturan undang-undang tapi dalam kes ini yang dah jelas dan nyata pihak-pihak terbabit (berkuasa) dah dinamakan (Jho Low) maka tindakan tegas dari sudut undang-undang dan tindakan sewajarnya kena diambil sekadar segera.

“Ada rakyat beritahu dah tiga minggu kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) bentuk kerajaan, mereka masih tanya kenapa tidak ada tindakan yang diambil kepada pihak terbabit dalam kes yang saya sebut tadi (1MDB).

“Saya kata tunggulah sikit, tapi ada pihak tak boleh tunggu. Saya harap tindakan tegas boleh kita ambil dalam tempoh ‘semalam’ bukan hari ini, tapi sebab dalam kes ini kita tak boleh nak elak diri kita dari ambil tindakan yang seberapa segera,” katanya.

Muhyuddin berkata demikian dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.

Recommended